Tuesday 24 January 2012

CILI FERTIGASI













Aku baru je berjinak2 ngan tanaman secara fertigasi ni.Rancangan nak buat fertigasi memang dah lama dah cuma  masih belum cukup ilmu lagi.Alhamdulillah dapat jumpa ngan sorang kawan yang kerja ngan mardi dia lah bagi aku sikit sebanyak ilmu fertigasi ni.Kat sini aku ada upload kan sikit ttg projek cili fertigasi aku tu.Aku tanam cili kulai 151 dan pokok cili ni berusia 1 bulan 11 hari .Di jangkakan 26.1.12 hasil akan di tuai.

TUAIAN TERUNG PADA 18.1.12


Alhamdulillah inilah hasil tuaian terung aku sebelum raya cina tempohari tak banyak 240kg je..cuma kali ni banyak gak buah2 terung yang dah di korek ulat pengorek buah..takpalah dia orang nak makan gak he..hee

Saturday 7 January 2012

Ini pula terung dari varieti LECKET.Ciri -ciri terung ni pokoknya bersaiz tinggi dan juga berbuah lebat serta daunnya agak lebar berbanding varieti ratna.Varieti ni aku cuma tanam 308 pokok sebagai percubaan,jika ianya berbaloi aku nak tanam dalam 1 ekar lepas raya cina nie.

TERUNG FASA 2

Terung fasa 2 ini anak benih mula di pindahkan ke batas pada 16.11.11 yang lalu,alhamdulillah perkembangannya amat memberansangkan.Dari pengamatan aku untuk mendapatkan pokok yang subur penggunaan baja organik terutamanya tahi ayam amat di perlukan bagi tanaman terung.Terung yang aku tanam ni dari variti RATNA yang mana pokoknya tak terlalu besar teapi cepat berbuah dan kuantiti buah yang banyak.

PESANAN BUAT PETANI

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah untuk Ku"
                                                                       (Surah al-Dhariyat:56)

BERTANI SATU IBADAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.K

Alhamdulillah tercapai juga hasrat aku untuk memiliki blog sendiri bagi berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang dunia pertanian.Tujuan aku membuat blog ini adalah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan rakan-rakan di luar sana yang sama-sama meminati bidang pertanian ini.Aku berharap agar blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

PERTANIAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dari sudut Islam,kita sebagai umatnya di galakkan berkecimpung di dalam bidang ini kerana banyak ganjaran yang bakal di perolehi dari Allah s.w.t,di samping dapat menjana pendapatan yang halal dari bidang ini.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya "Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah".                                                         

                                                                  (Hadis riwayat AL-Bukhari)